Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

5.11.2024_MAJLIS MALAM PENGHARGAAN HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN KALI KE-14 BAGI TAHUN 2024

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bersama Jabatan Perikanan telah mengadakan Majlis Penyampaian Penghargaan Hari Peladang, Petani, Peternak dan Nelayan (HPPPN) kali ke 14 bagi tahun 2024 pada hari Selasa, 3 Jamadilawal 1446H bersamaan 5 November 2024M bertempat di Damai Ballroom, Aman hills.
Majlis Penyampaian Penghargaan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Juga dijemput hadir ialah para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta para Pengusaha Agrimakanan di seluruh Negara.
Acara penyampaian penghargaan ini adalah bagi mengenang jasa dan usaha serta sumbangan yang telah diberikan oleh para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dalam menjana pembangunan ekonomi Negara amnya dan khususnya dalam Sektor Pertanian dan Perikanan. Sebanyak 22 penghargaan diberikan pada tahun ini antaranya
4 Penghargaan bagi Sektor Industri Ternakan:

1)Keluaran Tertinggi Sektor Industri Ternakan
2)Sumber Peningkatan Keluaran Sektor Industri Ternakan
3)SME Ternakan Progresif dan
4)Belia Ternakan - Bekarih, Bejarih, Belurih.

4 Penghargaan bagi Sektor Industri Tanaman:

1)Peladang Tanaman Wanita Berjaya
2)Komunal Pertanian Terhebat
3)Rintis Teknologi Pertanian
4)Peladang Contoh dan Berdedikasi

4 Penghargaan bagi Sektor Industri Padi:
1)Perdana Padi
2)Jaya Padi
3)Progresif Padi
4)Kencana Padi

3 Penghargaan bagi Sektor Industri Agrimakanan:
1)Pengeluar SME Tertinggi Sektor Agrimakanan
2)SME Agrimakanan Progresif, Berdaya Maju dan Penyumbang kepada Peningkatan
3)Belia Agrimakanan Aktif & Progresif

7 Penghargaan bagi Sektor Industri Perikanan:
1)Pengeluar Ternakan Ikan Dalam Sangkar Berdayatahan
2)Pengeluar Ternakan Ikan Air Tawar Progresif
3)Pengeluar Penetasan Ikan Berdaya Maju
4)Nelayan Penuh Masa Aktif dan Progresif
5)Pengeluar Pemprosesan Terbaik
6)SME Produk Makanan Laut Progresif
7)Pengeluar Ternakan Udang Laut Berdayatahan

Penghargaan khas juga telah diberikan kepada persatuan dan syarikat yang berjasa dan berbakti didalam memberikan dukungan dan sokongan ke arah perkembangan dan pertumbuhan industri pertanian dan perikanan di Negara Brunei Darussalam. Sebanyak 11 penghargaan khas diberikan pada tahun ini antaranya

1)Persatuan Peladang-Peladang Brunei
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin (President PPPB)
2)Hua Ho Department Store (Symb Bonus)
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
3)Hua Ho Department Store (H2)
Yang Mulia Awang Lau Haw Wei
4)Yuan Long Ping High-Tech Agriculture Co., Ltd Yang Mulia Xiao Jianguo (wakil penerima) Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China
5)PT. Biogene Plantation
Yang Mulia Prof Dr. Achmad Ubaedillah (wakil penerima)
Duta Besar Republik Indonesia
6)AE Asia Fruit Plantations
Yang Mulia Awang Chai Yum Fatt
7)Perusahaan Zaias Yang Mulia Awang Mohamad Ajrul Asmaan bin Haji Asmali (wakil penerima)
8)Perusahaan Hj Mohd Salleh Hj Ludin dan Anak-Anak
Yang Mulia Awg Muhammad Humaizi bin Hj Mohd Salleh (wakil Penerima)
9)BMC Food Industries (B) Sdn Bhd
Yang Mulia Tan Too Liang
10)Ideal Group Holdings Sdn. Bhd Yang Mulia Hj Awg Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj Awg Abdul Rahman
11)Poni Divers Yang Mulia Mohd Tahsin Wong Abdullah @ Wong Thye Sing

Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan kali ke-14 ini juga diadakan bagi memberikan pengiktirafan ke atas usaha-usaha dan sumbangan para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara dan sebagai penjana makanan Negara. Tema sambutan pada tahun ini memberi tumpuan kepada meningkatkan pengeluaran tempatan melalui produk tambah nilai iaitu “Memperkasa Produk Tambah Nilai, Pemacu Ekonomi Negara”. Ini adalah bagi menghayati tema berkenaan dalam mengambil kira keperluan makanan Negara adalah terjamin dengan adanya usaha-usaha pengeluaran makanan tempatan.

Sempena sambutan HPPPN pada tahun ini, Logo Brunei Pesticide Free juga turut dilancarkan pada majlis berkenaan. Program Brunei Pesticide Free (BPF) adalah salah satu inisiatif Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang bertujuan untuk mendukung dan memperkasa lagi usaha ke arah meningkatkan keselamatan makanan (food safety) melalui penghasilan tanaman bebas racun dari ladang tempatan.

Selain itu, sempena Majlis Penyampaian Penghargaan Hari Peladang, Petani, Peternak dan Nelayan (HPPPN) kali ke 14, acara penyampaian Sijil Brunei Good Aquaculture Practice (BGAqP) turut diadakan. Sijil BGAqP telah diberikan kepada 3 pengusaha-pengusaha industri akuakultur yang telah diaudit oleh Jawatankuasa pensijilan Brunei Good Aquaculture Practice dan didapati memenuhi kriteria pensijilan tersebut.
Acara sampingan HPPPN tahun ini telah berlangsung di Pasar Kitani bermula pada 2hb hingga 4hb November 2024 dengan Jualan-Jualan produk pertanian, perikanan dan agrimakanan oleh para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta Pengusaha Agrimakanan dari ke empat-empat daerah. Selain itu, beberapa program dan aktiviti dijalankan seperti sesi penilaian citarasa produk yang disampaikan oleh pengusaha-pengusaha Pertanian dan Perikanan.





​Disediakan Oleh:

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
5hb November 2024


Attachments